Zizan Razak akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Jun ini dengan gadis sekampung dengan pelawak yang berasal dari Kuala Terengganu ini. 

Dipetik dari BH Plus, Zizan berkata, “Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya.

ZIZAN RAZAK /  PNB DARBY PARK

Menurut Zizan lagi, bakal isterinya merupakan seorang wanita yang tidak perlu bersolek tebal untuk menampakkan kejelitaan semulajadinya. Sikap gadis itu yang sangat menghormati kedua ibu bapa Zizan juga turut menambat hati pelawak & pelakon ini untuk memperisterikan gadis itu.

Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa artis cantik antaranya Juliana Evans, Leez Rosli dan Emma Maembong.