Raya semakin dekat pastinya ramai kini sibuk dengan persiapan raya masing-masing. Begitu juga dengan penyanyi Ziana Zain. Biarpun sedang berdepan kemelut peribadi, Ziana Zain tidak membiarkan dirinya berterusan dibelenggu kesedihan. Dia sebaliknya, berusaha memastikan empat anaknya ceria menanti kedatangan 1 Syawal.

Baginya, apa juga yang berlaku, langkah perlu diteruskan. Justeru, Ziana tidak kisah meluangkan masa hampir 12 jam melayani kerenah setiap permata hatinya berbelanja untuk persediaan menyambut lebaran.

 

“Saya mahu mereka gembira pada hari raya nanti. Alhamdulillah, semuanya sudah lengkap dan masing-masing puas dengan pilihan mereka. Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

“Selepas itu, kami menyambung semula berbelanja kerana saya mahu mereka puas hati. Rasanya hampir 12 jam juga kami di luar, namun saya seronok. Apa yang penting ketika ini adalah kebahagiaan mereka,” katanya.

Ziana berkata, empat anaknya, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9, itu mempunyai cita rasa tersendiri dan kebiasaannya, akan memilih pakaian mengikut keselesaan tanpa terlalu memandang jenama.

“Mereka akan pilih dulu, seterusnya bertanya pendapat saya. Kalau ada yang tidak berkenan di mata, saya akan cadangkan yang lain. Tidak banyak masalah kerana mereka sudah tahu apa yang dimahukan terutama Aiman dan Amar.”

Begitulah, cari baju raya memang fun tapi penatnya ya ampunnn. Anda semua dah cari baju raya ke tu?

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian

Leave a Reply