Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Aeril zafril

Peribahasa pernah mengatakan alang dijawat, tepuk dibalas. Maksudnya, perbuatan baik dibalas dengan baik. Begitulah umpama yang dapat digambarkan pada pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal.

Kalau terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama Kisah Kaisara Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya sebuah kerta berjenama mewah, semalam Aeril pula menerima kejutan berupa kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurut Aeril, pemberian Wawa itu adalah tanda penghargaan buat dirinya yang banyak membantu dalam urusan perniagaan mereka.

Sebelum ini saya ada menyatakan hasrat nak membeli kereta sport, tetapi dia buat kejutan dengan menghadiahkan kereta lain. Apa pun, saya tetap bersyukur.

Wawa menjelaskan, disebabkan mereka sudah berkeluarga jadi ia lebih sesuai dan selesa untuk menggunakan kereta yang lebih besar.

Sementara itu, Wawa berkata, jika ada rezeki lebih tahun depan dia mahu menghadiahkan suaminya kereta sport pula.

Hadiah ini turut bermakna untuk membalas jasa suaminya yang telah memberikan kereta kepadanyan tiga bulan lalu.

Menurut Wawa, tahun ini adalah tahun yang sangat bermakna buat mereka sekeluarga, selepas satu persatu impian mereka dimakbulkan oleh Allah swt.

Jadi, benarlah kata orang, rezeki itu tidak salah alamat. Alhamdulillah, semoga diperluaskan lagi pintu rezeki keluarga ini!!