Vivy Yusof Kongsi Perasaan Teruja Hamil Anak Ketiga!

Siapa yang tak kenal dengan ikon fesyen dan perniagaan terkenal, Vivy Yusof?

Semalam, Vivy telah mengumumkan berita kehamilan anak ketiganya menerusi laman Instagram dan dalam kolum tulisannya di sebuah akhbar tempatan.

Baby number 3 wants to say hello tulisnya berserta tanda pagar #blessed #fadzaitsyoursfyi.

Perkongsian gambar itu telah mendapat lebih 7,000 komen peminat dan 157,000 likes.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan berapa bulan kandungannya sekarang atau tarikh kelahiran anaknya itu nanti.

Menurut Vivy, kehamilan kali ini sememangnya dirancang kerana merasakan dia mampu menggalas satu lagi tanggungjawab meskipun jadual kerjanya yang padat.

Saya mengambil kira-kira 20 ujian kehamilan dan tidak ada satu pun yang positif, jadi saya menganggap kesemuanya rosak! Namun, pada percubaan seterusnya saya sangat gembira apabila keputusannya positif

Namun, Vivy berpesan supaya semua wanita mengandung menjadi kuat dan terus bekerja dengan bersungguh-sungguh meskipun sedang mengalami perubahan dalam kehamilan.

Dalam pada itu, Vivy mendoakan agar semua ibu-ibu yang sedang mengandung agar urusan kehamilan mereka dipermudahkan dan sentiasa berfikiran positif.

Tahniah Vivy!

Leave a Reply