Video Lucah Tak Jejas Pertunangan Ameer Forteen

Orang kata, biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Begitulah apa yang dirasai oleh salah seorang anggota Forteen, Ameerais Azhar.

Semalam, tersebar satu artikel Ameer berhubung video lucah yang didakwa adalah dirinya.

Ia bagaimanapun tidak menjejaskan hal tersebut dengan pertunangannya yang akan dilangsungkan pada hari esok.

Ameer Forteen bertunang esok

 

Menurut Ameer bakal tunangnya, Siti Nurnaja’a, 24, mempunyai ciri keperibadian yang baik.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Pulangkan Cinta itu turut menjelaskan mereka akan mengadakan majlis tersebut secara tertutup dengan dihadiri oleh kedua belah keluarga sahaja.

Saya dah mengenali dia sejak setahun lalu dan jelas dia pilihan hati yang benar-benar memahami saya.

Tambah Ameer, dia sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang berlaku, malah terus berdoa serta berharap perkara yang baik akan menyusul.