Tuah Lagu Dimatamu, Sufian Suhaimi Catat 1 Juta Pengikut Di Instagram!

Penyanyi, Sufian Suhaimi kini mencatat 1 juta pengikut di laman Instagram selepas berjaya memukau penonton dengan persembahan penuh emosi menerusi lagu Di Matamu pada Anugerah Juara Lagu 33 baru-baru ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada pengikut setianya, Sufian memuat naik sekeping foto dirinya bersama sekuntum bunga ros di laman Instagram.

 “1M followers appreciation post 🌹,” tulisnya pada kapsyen di Instagram.

Untuk pengetahuan, video rakaman persembahannya pada malam AJL 33 itu juga mencatatkan lebih 5.3 juta tontonan dalam tempoh lima hari sahaja selepas dimuat naik di YouTube.

Sufian yang merangkul Persembahan Terbaik pada malam tersebut terdahulu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundinya untuk lagu Dimatamu itu.

“I know its late, but here’s a proper picture of me and the trophy! Terima kasih kepada semua yang mengundi,” katanya.

Persembahan Sufian pada malam itu mencetuskan kontroversi apabila konsep dia dikatakan mengetengahkan rekaan pelamin mirip bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy.

Apa pun, congratulations Sufian Suhaimi di atas kemenangan dan 1 juta jumlah pengikut!