Tip Keselamatan Untuk ‘Ladies’ Sebab Malang Tak Berbau!

Banyak sangat isu keselamatan tentang perempuan dibincangkan sekarang ini. Ada macam-macam versi benda-benda ngeri membuatkan kita takut nak keluar rumah.

Ini adalah antara tip keselamatan yang Dhia nak korang take note!

PERGI KELAS PERTAHANKAN DIRI

Ambil inisiatif untuk daftar ke mana-mana kelas seni mempertahankan diri. Pastikan tenaga pengajar korang benar-benar menunjukkan cara untuk mempertahankan diri yang praktikal dalam situasi cemas seperti hampir dirogol atau dirompak.

JANGAN IKUT PENJENAYAH

Jangan pernah sesekali mengikut penjenayah. Percayalah, potensi korang untuk dibunuh dan dirogol adalah lebih tinggi. Jadi, jangan takut untuk lari, menjerit meminta tolong atau campak batu untuk menarik perhatian orang awam. Penjenayah biasanya takut dan akan melarikan diri bagi mengelakkan ditangkap.

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini 

Penulis: Dhia