Teruja Kan Bila Orang Ingat Birthday Kita? Tapi Bagi Siti…

Semua seronok bila orang ingat hari jadi kita, kan? Tidak kira bentuk sambutan, asalkan ada orang wish, memang kita excited habis!

Tetapi, lain pula bagi Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Penyanyi tersohor Malaysia ini seorang yang penyegan sebenarnya.

Menurut kakak ipar Siti, Rozi, dia segan bila diraikan, diingati dan disayangi sebegini.

Tetapi, bagi Siti, dia sangat menghargai dan terharu dengan ingatan dan sambutan daripada peminat-peminatnya.

 

Sempena sambutan hari jadi Siti yang ke 40 esok, Hot FM bakal mengadakan konsert digital Bombastik CTDK , secara langsung menerusi Facebook Hot FM, bermula jam 9 malam.

Jangan lupa, dengarkan Hot FM sepanjang hari yang menyajikan 3 lagu Datuk Sri Siti Nurhaliza berturut-turut menerusi triple play!

PenaHot mengucapkan Selamat Hari Jadi Siti! Semoga terus dimurahkan rezeki dan terus disayangi.

 

You may also like
Ikrar Dato' Siti Nurhaliza & Terjahan Mok Cun di #AMKrew