TERMA DAN SYARAT NAMASTE HOT

TERMA DAN SYARAT NAMASTE HOT

 

  1. Peraduan Namaste Hot ini dianjurkan oleh Synchrosound Sdn Bhd [215342-D] (“Hot FM” ) dan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.

 

  1. ‘Namaste Hot’ adalah kerjasama diantara Hot FM dan AirAsia X Berhad.

 

  1. Pemenang ‘NAMASTE HOT’ yang terpilih perlu menaiki penerbangan ke Amritsar, India pada 16 Ogos 2018 pada waktu yang akan ditetapkan.

 

TANGGUNGGJAWAB & LIABILITI PESERTA

 

  1. Pemenang adalah bertanggungjawab mutlak untuk keselamatan diri dan harta benda peserta pada sebelum, semasa dan selepas ‘NAMASTE HOT’ berlangsung.

 

  1. Pemenang menerima dan memikul tanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kecederaan, penyakit, kematian, tuntutan, kemalangan atau tuntutan ganti rugi ke atas diri mereka, pihak lain atau harta benda mereka, tidak kira apa sebab atau cara ia dialami, yang berhubung kait dengan penyertaan mereka dalam ‘NAMASTE HOT’.

 

  1. Perlindungan insuran dan VISA perlu ditanggung sepenuhnya oleh peserta; Hot FM tidak akan menawarkan sebarang bentuk perlindungan insuran kepada pemenang ‘NAMASTE HOT’.

 

  1. Pemenang peraduan ‘NAMASTE HOT’ memberi kebenaran kepada Hot FM untuk berkongsi maklumat peribadi dengan pihak AirAsia X Berhad.

 

 

  1. Pihak Hot FM dan AirAsia X hanya akan menyediakan tiket penerbangan pergi balik (KL-Amritsar, India & Amritsar, India – KL) tidak termasuk sebarang bentuk perbelanjaan lain dan penginapan pemenang, semasa, sebelum dan selepas ‘NAMASTE HOT’ berlangsung.

 

LAIN-LAIN

 

  1. Segala keputusan Hot FM berkaitan dengan peraduan Namaste Hot ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.

 

  1. Hot FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Namaste Hot pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

 

  1. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik, mesti digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan (yang mana berkenaan) dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.