Tasha Shilla Alami Kemurungan Selama 2 Tahun???

Pelakon yang selalu ditimpa kontroversi kerana gemar berimej seksi, Tasha Shilla mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan selama dua tahun menerusi laman Instagramnya.

Jelas Tasha, tujuan dia bercerita hal tersebut kerana dia mahu berkongsi bersama peminat-peminatnya yang mungkin alami masalah yang sama sepertinya.

“For two years I had to deal with depression due to many circumstances, my life was painful and very stressful. People might see me smiling and laughing but to be honest it’s the pain and the emotion inside that controlled my life.” ujarnya.
“I cannot explain to you all how it felt, but at that time I felt tired, lost and confused. There were many times at night I wouldn’t be able to sleep, times when I wouldn’t leave the house and times where my anxiety would control me.” tulisnya lagi.

Menurut Tasha, hidupnya sangat sakit dan stress akibat penyakit kemurungan itu. Malah, Tasha juga memberitahu dia susah untuk tidur di waktu malam kerana sering alami rasa kebimbangan.

Namun, selepas dia mendapatkan nasihat dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan, keadaannya kini sudah beransur pulih malah lebih berani untuk berdepan orang ramai.

“Alhamdulillah now all that has change! With the love and support from my family and friends I am now able to share this with you all. I am brave enough to talk about my past and make people aware that they are not alone.” luahnya.

Dalam pada itu, Tasha juga memaklumkan, rawatan yang dijalaninya bersama seorang pakar bernama Fahmi banyak membantunya untuk kembali sihat daripada derita kemurungan.

“I took a great step into wanting to change my life and the experience of Coach Fahmi has helped me along my journey to recover. His positive words and encouragement has helped me to move on from the past and to look forward to the future.” ujarnya lagi.

Apa pun, semoga Tasha kekal positif dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan.