Tahniah! Datuk Seri Aliff Syukri Timang Cahaya Mata Lelaki!

///
Comments are Off

 

Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Shahida yang telah menimang cahaya mata keempat mereka petang semalam. Sebaik sahaja dilahirkan, Datuk Seri Aliff berkongsi wajah bayi lelakinya itu di instagram @anakabahterlajaklaris dan dengan pantas mengumpul lebih 50 ribu pengikut.

Comelnya Ya Allah! ?

A post shared by Peminat Yusoffalqardawi ? (@anakabahterlajaklaris) on

Bayi lelaki tersebut diberi nama Yusoff Alqardawi. Baby Yusoff pun dah ada akaun instagram rasmi yang telah mengumpul lebih dari 70 ribu pengikut (setakat artikel ini ditulis). Jom tengok muka comel Yusoff di instagram @yusoffalqardawi

 

sejuk laahh mama dan abah..

A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi) on

Untuk pengetahuan anda, Datuk Seri Aliff dan isteri telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, dan Ibraheem Adham. Mereka berdua juga telah mengambil dua orang anak angkat pada tahun lepas iaitu Ameena dan Qayyum. Mari kita sama-sama doakan semoga keluarga mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang mencukupi insyaallah.