Syatilla Melvin Tak Sabar Habiskan Shooting, Mahu Fokus Pada Kehamilan

Hasrat pelakon, Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua akhirnya tercapai selepas dia disahkan hamil 2 bulan sejak September lalu.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini berkongsi perkembangan kehamilannya di Instagram apabila memuatnaik video sedang menjalani Ultrasound bersama suaminya yang juga merupakan aktor terkenal, Shahiezy Sam.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon yang disenangi dengan panggilan Tilla ini turut berharap kandungannya itu sentiasa dipelihara Tuhan selain tidak sabar untuk habiskan shooting (penggambaran) demi memberi fokus terhadap kehamilannya itu.

“Berapa hari ja lagi nak hbiskan shooting,lepaihtu boleh rest sungguh2 sebab badan penat tuhan ja la yg tau😭 ” luahnya.

Kandungannya yang kini sudah memasuki usia 3 bulan menyebabkan Tilla mudah terasa penat dan perlukan masa rehat yang secukupnya.

Sebelum ini, Tilla pernah menyuarakan keinginannya untuk menimang cahaya mata perempuan kali ini menerusi posting di laman Instagramnya.

“Tlg doa adik syeriv perempuan pastu muka sama syeriv pastu rmbut lebat pastu bulu mata panjang pastu kulit sama syeriv pastu mata hijau🤪” ujarnya.

Tilla juga meminta peminat dan pengikutnya di laman sosial turut mendoakan perkara yang sama agar hasratnya itu dimakbulkan Tuhan.

Syatilla dan Shaheizy berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.