“Sweet Teruk” Aishah Azman Akhirnya Dilamar Syafie Naswip?

Gambar pasangan yang kini dikatakan sedang hangat bercinta, Syafie Naswip dan Aishah Azman mendapat perhatian netizen, selepas kelihatan mesra dalam suasana romantis di sebuah restoran mewah di ibu negara.

Gambar berkenaan dikongsi oleh mereka serentak menerusi laman Instagram masing-masing semalam.

Lebih menaik lagi, kapsyen yang ditulis bersama foto tersebut turut sama.

I want to be the sky, so I can always look after you from above.

Melalui pemerhatian foto itu, ia seolah-olah malam yang istimewa atau berkemungkinan ada kejutan dilakukan.

Bukan itu je, lokasi mereka menikmati hidangan turut dihiasi kelopak bunga mawar dan belon merah berbentuk hati.

Rata-rata pengikut mereka mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin.

“Sweet teruuuuuuuk”

“Bersemut baca nih”

“Sorg cantik sorg tampan.. Sgt sepadan smga berjodohan hendaknya kamu berdua dik” komen beberapa pengikut mereka.

Terdahulu, media melaporkan Aishah mengakui berkawan rapat dengan Syafie dan hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.