Sufian Suhaimi Rungkai Punca Sebenar Mahu Terbang Ke Indonesia

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui berasa terkesan apabila masih ada individu yang mengaitkan dirinya dengan kisah percintaannya yang lalu.

Sufian bagaimanapun menjelaskan dia mahu meninggalkan tanah air buat sementara waktu susulan mempunyai beberapa sebab.

Image result for sufian suhaimi

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Terakhir itu, dia akan ke Indonesia selama seminggu dalam masa terdekat untuk mempromosikan single Dimatamu.

 

Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza.

 

Sebelum ini, kisah berakhirnya pertunangan Sufian dengan pelakon Elfira Loy mendapat perhatian netizen,

Image result for sufian suhaimi

Malah, nama Sufian sekali lagi dikaitkan apabila berita Elfira sudah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya baru-baru ini.

Dalam perkembangan berlkenaan, Sufian akan berada di Indonesia selama seminggu dan bakal berkolaborasi dengan band wanita Indonesia, Shima menerusi lagu Berteman Sahaja.

Mengakui berdebar penerimaan rakyat Indonesia dengan lagu Dimatamu, namun menurutnya terdapat beberapa stesen radio di negara jiran itu sudah meletakkan lagunya antara top 10 dalam carta mereka.