Siti Nurhaliza Sedia Timang Cahaya Mata Kedua, Tapi…

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memang rajin berkongsi mengenai keletah anaknya, Aafiyah di Instagram.
Selain Siti sendiri yang disayangi ramai, Aafiyah juga turut menambat hati peminat lama dan yang baru untuk terus mengikuti perkembangan keluarga penyanyi nombor 1 negara ini.
Baru baru ini, Siti juga seperti memberi bayangan bersedia menimang cahaya mata kedua.
Reaksi Aafiyah dalam satu video yang dimuatnaik oleh Siti dengan caption yang ditulisnya seolah olah menyatakan hasrat untuk hamil sekali lagi, tetapi ia mungkin hanya akan terlaksana selepas selesai konsert jelajah Siti.

Siti bakal mengadakan konsert jelajah Datuk Sri Siti Nurhaliza On Tour, yang bermula di Jakarta, Indonesia pada 21 Februari ini, di mana Tulus akan turut mewarnai konsert tersebut selaku penyanyi jemputan.
Konsert kedua akan diadakan buat peminat tanah air di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac, diikuti Singapura pada 21 Mac.
Akhir sekali, Siti akan membuat konsert di Royal Albet Hall, London pada 22 April.
Instagram Siti juga telah mengumpul 6 juta followers.
Kata Siti di ruang Instagramnya,
“Semoga ruang Instagram ibu dapat mengeratkan silaturahhim dan saling hormat menghormati”