Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman sosial miliknya memaklumkan dia bakal melancarkan single terbarunya yang juga hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Anta Permana, di semua pelantar digital, esok.

Menurut Siti, dia tertarik untuk merakamkan lagu itu kerana yakin dengan bakat dimiliki kedua-dua penggiat seni terbabit.

Hael sejak Februari lalu, ada menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada Siti. Hanya pada Mei lalu, impiannya menjadi kenyataan apabila Siti tertarik dengan demo yang dihantar.

Kata penyanyi yang sudah lebih dua dekad berada dalam dunia seni itu, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa maksud ‘tidak terkira’ atau infiniti.

Lagu berkenaan mengisahkan cinta sejati yang tiada bandingannya. Selain pemilihan judul dan maknanya yang bertepatan dengan lirik lagu, Siti turut berusaha memperkenalkan kembali perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan.

Siti menaruh harapan tinggi dengan kemunculan single terbaru ini dan berharap peminat muzik tempatan akan menyukainya. Siti anggap Anta Permana sebagai karya yang segar, mesra telinga dan mempunyai keunikan tersendiri menerusi gabungan muzik moden serta klasik

Siti juga berhasrat untuk memperkenalkan video muzik lagu itu di YouTube berkemungkinan pada minggu hadapan.

Image result for siti nurhaliza anta permana

Sementara itu, Hael terus mengukuhkan portfolio seninya apabila karya ciptaan penyanyi Jampi itu bersama Ezra terus menjadi pilihan artis berpengaruh dan sedang mencipta nama.

 

Sumber dari: Berita Harian