Seronoknya Maya Karin Berswafoto!!!

Nama pelakon berdarah kacukan Jerman-Melayu, Maya Karin yang juga  kini kembali meningkat naik selepas satu lagi kejayaan lakonannya, Munafik 2, rata-rata mendapat pujian daripada netizen.

Digelar sebagai Ratu Filem Seram, Maya turut berkesempatan bertemu para peminatnya semalam ketika mengadakan promosi filem berkenaan di Kuala Terengganu.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Maya kelihatan begitu mesra melayani peminat-peminatnya yang tidak menyangka dapat bergambar dengannya.

Tidak cukup dengan itu, Maya yang bersikap santai juga sempat mengambil telefon bimbit salah seorang daripada mereka lalu berswafoto bersama.

Untuk pengetahuan anda, Maya Karin turut tersenarai sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro Pada Jun 2018.