Sempena Ulangtahun Ke-10, Afgan Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert DEKADE Live In Kuala Lumpur 2018!!!

Penyanyi dan penulis lagu terkenal Indonesia, Afgan  bakal kembali ke Malaysia 3 Oktober ini untuk menjayakan Konsert DEKADE Live In Kuala Lumpur 2018, bersempena ulangtahun ke 10 Afgan dalam industri muzik.

Konsert yang bertempat di  Plenary Hall, KL Convention Centre itu  bakal membawa penonton menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 hingga album terkini berjudul, DEKADE.

Menurut Afgan yang popular menerusi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu, konsert tersebut juga merupakan hadiah istimewa darinya buat peminat, yang sentiasa menyokongnya sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik.

“Konsert ini begitu peribadi bagi saya kerana ia adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada semua peminat yang setia menyokong selama ini,” kata Afgan.

Menyentuh soal album terbarunya, DEKADE mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu.

Wah, mesti ramai peminat Afgan yang tidak sabar untuk bertemu dan mendengar Afgan menyanyi secara Live 3 Oktober ini kan!

Penyanyi bersuara emas ini juga pernah berkolaborasi dengan artis terkenal Malaysia seperti Datuk Shiela Majid dan juga SonaOne.

Selain Afgan, konsert ini turut menampilkan Ruffedge, kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia sebagai artis undangan.