Selepas AJL33, Ini Projek Misha Omar Seterusnya!

Selepas berjaya memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke 33 baru baru ini menerusi lagu Sampai Bila, Misha Omar kini mengatur rancangan baharu dalam kerjayanya.
Menurut Misha, dia bakal terlibat dengan konsert Soul Sisters di Istana Budaya pada bulan April ini.

Soul Sisters bakal menggabungkan kuasa vokal milik Misha, Noryn Aziz dan Siti Sarah, dan akan dipentaskan selama 2 hari , pada 5 dan 6 April 2019.
Konsert itu yang merupakan kali pertama lagu bergenre soul dan R&B dipersembahkan di Istana Budaya, bakal menyajikan kelainan kepada semua penonton

Ketika Misha dihubungi, pemenang tempat ketiga AJL ke 33 itu berkata, dia juga bakal menjayakan satu konsert solo one-night-only, This Is Misha pada 5 Ogos depan , bertempat di Dewan Filharmonik Petronas.
Ini akan menjadi konsert solo pertamanya selepas 17 tahun dalam industri seni.

Dalam perkembangan lain, Misha sedang mencari material untuk single terbaharunya.
Misha berkata, dia berharap single tersebut boleh dilancarkan sebelum konsert solonya nanti.

 

You may also like
Misha Omar Menangis Atas Pentas AJL33… Ini Sebabnya.
AJL33: Altimet Buat Pengumuman Baru?