Selepas 24 Tahun, Remake Filem Ini Ke Pawagam! Dah Lama Tunggu Ni

Minggu lalu, Disney Studio mempertontonkan trailer teaser pertama mereka untuk filem The Lion King. Filem yang diadapatasi daripada animasi tahun 1994 dengan nama sama memaparkan karakter terkenal bernama Simba dan Mufasa.

Dilaporkan trailer lebih 1 minit itu telah ditonton oleh lebih 224 juta orang dalam tempoh 24 jam, treler filem Disney paling ramai ditonton dalam sejarah!

Pada tahun 1994, suara suara atau voice over untuk watak watak filem itu ialah:

Matthew Broderick sebagai Simba

Jeremy Irons sebagai Scar

James Earl Jones sebagai Mufasa

Moira Kelly sebagai Nala

Nathan Lane sebagai Timon

Ernie Sabella sebagai Pumbaa

Selepas 24 tahun, filem animasi itu dibuat remake, dan menampilkan suara suara mantap sebagai voice over, antaranya:

Donald Glover sebagai Simba

Beyonce sebagai Nala

Chiwetel Ejiofor sebagai Scar

Seth Rogen sebagai Pumbaa

Billy Eichner sebagai Timon

Yang paling menarik, James Earl Jones sebagai Mufasa pada tahun 1994 akan sekali lagi menjadi voice over untuk Mufasa dalam remake terbaru ini!

Memang suara-suara yang handal di sebalik watak The Lion King.

Dalam Sembang The Laki, satu watak dalam filem tahun 1994 pada asalnya lain daripada yang ditayangkan. Nak tahu, klik link  https://www.thelaki.com.my/scar-pada-asalnya-seekor-baboon/

Filem The Lion King ini khabarnya akan ditayangkan pada Julai 2019. Tunggu okay.