“Sedia terima Fasha sebagai isteri..”

Teka-teki hubungan mereka mula terlerai apabila Fasha pada minggu lalu mengakui, dia adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya selepas rakaman video kemesraan mereka di lapangan terbang tular di media sosial. Siapa lelaki yang dimaksudkan?

Haa..siapa lagi kalau bukan Aidil Aziz. Kata Aidil, dia enggan mengambil peduli kata negatif dilemparkan netizen yang mempersoal hubungan baiknya dengan Fasha Sandha hanya kerana wanita itu adalah ibu tunggal dua cahaya mata.

“Saya malas ambil peduli kata negatif yang mempertikai hubungan kami. Lebih baik saya memandang hari depan. Doakan yang baik buat kami dan insya-Allah, sampai masa nanti segala persoalan akan terlerai,” katanya.

Doakan yang baik2 aje.?? #dontjudgeabookbyitscover

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Mengakui selesa berkawan rapat, Aidil menyifatkan Fasha, sebagai wanita yang baik, berfikiran positif dan sentiasa menyuntik kata semangat untuk dia terus menggapai cita-citanya.

Aidil berkata, dia juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami jika jodohnya sudah tersurat bersama pelakon itu.

Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah ‘suami orang’ dan bukanlah seorang duda. Ya , tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain… tak mengapa, … Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka. Past is past… Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya.. Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan. Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa. Amin. . #friendshipforever #doayangbaikbaik #protecteachother

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

 

“Pada usia 31 tahun, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Justeru, saya kena bekerja keras dan fokus pada kerjaya. Jika ditakdirkan kami bertemu jodoh, saya terima,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber: BhOnline