Sebelum kena kecam teruk, Nad Zainal bagi tahu awal-awal..

Kerja sebagai pelakon ni bukannya mudah. Lagi-lagi bila anda kena lakonkan watak yang dibenci ramai serta lakukan perkara yang anda sendiri tidak suka. Itulah yang terjadi kepada pelakon Nad Zainal baru-baru ini apabila memuat naik sebuah video di instagram dengan kapsyen ‘sebelum kena kecam baik bagi tahu’.

Video yang bakal mendapat kecaman tersebut adalah di sebalik tabir pembikinan mini telemovie terbaru lakonannya yang memerlukan dia untuk merokok.

Jelas nad lagi dia bukanlah seorang perokok malah membenci bau dan asap rokok.

“Behind The Scene
Mini Tele “LUWAK KRETEK “
NOVEL KOPI , FIXI (Hmmmmm naya kena merokok, sebab i benci bau rokok, i tak merokok guys.. sebelum kena kecam baik bgitau)”

 

Namun komen yang diberi netizen kebanyakkannya positif dan mereka mengetahui Nad bukannya seorang perokok menerusi caranya merokok.

Apa pun, merokok bukanlah sesuatu perkara yang baik untuk kita ikuti dan tindakkan Nad berbuat demikian hanyalah sekadar melakonkan watak yang diberikan kepadanya.