Sebak, Atikah Suhaime Kongsi Baju Yang Sepatunya Dipakai Pada Hari Perkahwinan

Hati siapa yang tidak hiba bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang amat menyedihkan kerana terpaksa membatalkan impian untuk berkahwin.

Namun, itulah yang dinamakan takdir, dimana umum mengetahui majlis perkahwinan Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir.

Atikah menerusi laman Instagram miliknya bagaimanapun berharap hubungan baik antaranya dan Awi dapat dikekalkan selain berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.

Namun, menerusi ruangan Instagram Stories, Atikah turut berkongsi beberapa keping foto dirinya menyarungkan busana pengantin yang sepatutnya digayakan semasa majlis perkahwinannya Ahad ini.

Atikah juga sempat meluahkan perasaannya menerusi ruangan terbabit.

Pelakon ini turut berterima kasih kepada keluarga Awi yang sentiasa ada bersamanya dan pada masa yang sama berterima kasih kepada keluarganya sendiri di atas sokongan yang tidak pernah putus.

Walaubagaimanapun Atikah masih berharap ada perancangan yang lebih baik untuknya.

Semoga Awi dan Atikah terus tabah menghadapi dugaan ini kerana mungkin ada hikmah lebih baik yang sudah tertulis untuk kalian.