“Saya Tak Masuk Campur Hal Forteen.”

Isteri penyanyi Izzue Islam , Awin mengakui enggan campur tangan dalam kemelut yang melanda suaminya dan kumpulan Forteen. Awin yang juga pengurus Izzue menegaskan, dia tidak mahu isu kepentingan peribadi timbul hanya kerana dia isteri kepada penyanyi itu.

Menurut Awin lagi,

“Sebenarnya, jika diikutkan, saya uruskan keperluan Izzue sahaja semasa Forteen  menyertai satu persembahan reality. Namun, saya OK bila mereka mahu saya membantu band berkenaan sepanjang 8 minggu bertanding.”

Awin mendakwa menerima beberapa undangan persembahan melibatkan Forteen sejurus rancangan reality terbabit berakhir, namun dia mengakui pelik kerana anggota Forteen yang lain tidak memberi maklum balas mengenai job yang ditawarkan.

Awin berkata,

“Bagi saya, amanah membantu Forteen tetap dilaksanakan, dan hal dalaman antara suami dan kumpulan, biar mereka sendiri yang selesaikan.”

Sikap Awin yang professional memang patut dicontohi. Jangan campur-adukkan hal kerja dengan hal rumah tangga. Tetapi realitinya, ramai juga yang tak dapat kawal emosi, sampai terlepas kata kata yang kurang enak, sama ada dalam bentuk sindiran, straight to the point, atau meluahkan perasaan di media social.

Menerusi Inspirasi Dhia dalam artikel di bawah,

https://www.dhia.com.my/panas-orang-biadap-dengan-kamu-balas-balik-dengan-ini/

Ada tips bagaimana untuk membalas balik kelakuan orang-orang yang buat perangai, dengan cara yang lebih positif.

Paling penting, always be kind to one another.