Saharul Ridzwan Lebih Selesa Menjadi Rapper?

Pelakon kelahiran Pahang, Saharul Ridzwan mengambil keputusan untuk hanya menjadi rapper kerana ia lebih sesuai dengan kemampuan vokalnya.

Selain itu, dia juga enggan menggunakan teknologi autotune semata-mata untuk memantapkan suaranya kerana tidak mahu menipu pendengar.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Jangan Benci Cintaku ini lagi, menyanyi memerlukan  bakat dan tidak boleh dipaksa sesuka hati.

“Dari sudut lakonan, kita memang boleh belajar, tetapi menyanyi perlukan bakat. Kalau suara tidak sedap, buat apapun, memang tidak akan sedap”. ujarnya.

Wah, salute lah kat Saharul ni! Ni baru lah artis yang betul-betul membuktikan bakat menyanyi secara semula jadi. Tak salah kalau nak menyanyi, tetapi perlulah mengikut kemampuan diri kan?

Bercerita mengenai perkembangan terbaru pula, suami kepada Deena Emir ini juga akan keluarkan single Buku Putih berkolaborasi bersama Ajai tidak lama lagi!

Hm..mesti ramai peminat setia Saharul Ridzwan yang tak sabar nak tunggu kemunculan lagu terbarunya itu kan?

Apa-apa pun, semoga Saharul terus sukses dalam bidang lakonan dan juga nyanyian serta dimurahkan rezeki selalu ya!