Pelakon Ruhainies hari ini memohon maaf sekiranya kenyataan yang dikeluarkan berkenaan dengan isu perkahwinan mungkin menyakitkan hati beberapa pihak.

Ia berikutan penafiannya bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tidak lama lagi seperti yang dilaporkan sebuah portal hiburan.

Image result for ruhainies

Pelakon yang popular menerusi drama Hello Mr Perfect itu berkata dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menamatkan zaman bujang.

Harap pihak yang bertanggungjawab agar berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang berita tanpa menanyakan kesahihan mengenai perkara tersebut.

Image result for ruhainies

Terdahulu menerusi sebuah portal hiburan online, Ruhainies mengakui sedang bercinta dengan usahawan yang kini menetap di London serta memiliki beberapa cawangan butik terkenal di Malaysia.

Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan mereka masih lagi dalam fasa perkenalan.