Seperti yang kita semua tahu pelakon, Remy Ishak sudah mengikat tali pertunangan bersama seorang gadis Ezza Yusof hampir dua tahun.

Namun, baru-baru ini timbul pula desas desus mengatakan Remy sudah kembali solo. Betul ke?

Perkara ini diperkuatkan lagi apabila Remy menerusi satu video Live baru-baru ini mengaku dirinya ‘single’ dan tiada siapa yang inginkan dirinya.

“Tak apa dik, tak ada orang nak dekat abang dah. Kalau hensem-hensem tak ada orang nak, so kita gemuk pun tak apalah. Kita single kan,” katanya.

Kenyataan Remy itu juga menimbulkan tanya tanya netizen tentang sejauh mana hubungannya dengan tunang, Ezza.

Boleh jadi juga Remy hanya bergurau kan?

Bila agaknya Remy akan tamatkan zaman solonya kan? Hero pujaan Malaya tu!