“Ramai Kata Muka Kami Sama”-Sharnaaz Ahmad

Cahaya mata pertama kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden Ahmad bin Sharnaaz Ahmad, mula mendapat perhatian orang ramai sejak hari pertama kelahirannya pada 30 Ogos 2018 lalu.

Gambar dan video comel BabyJ itu juga sering dikongsi oleh Sharnaaz dan isteri, Noornabila di laman instagram milik mereka.

Semalam, Sharnaaz turut berkongsi satu gambar terbaru anaknya itu di Instagram miliknya dengan kapsyen berbunyi “Ramai kata muka kami sama.. jebat , hang jangan dok buat rancak ya.. baba lagi sempoi dari hang ok..”.

Bayi Jebat Jayden juga sudah mula mempunyai akaun Instagram milik sendiri, iaitu @jebatjayden dan bilangan followers seramai 96.7k.