Berita gembira buat pasangan Puteri Sarah Liyana apabila disahkan hamil anak kedua, kira-kira lima minggu.

“Alhamdulillah atas berita dan nikmat indah ini… Saya memang merancang mendapat cahaya mata kedua selepas melahirkan anak pertama.

“Ketika ini, kandungan saya sudah lima minggu,” katanya.

Sarah berkata, doktor menasihatkannya berehat dan mengelak melakukan kerja berat. Akuinya, ketika ini, dia belum berdepan alahan teruk.

Selamat hari raya ❤️❤️ #sarahshamsulsyaikhul #barunakuplodsbbjaganak?

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

 

“Jika hendak diikutkan, dukung anak pun doktor tak benarkan… Tapi saya ada juga mendukung anak ‘curi-curi’,” katanya.

Sarah berkata, doktor pada mulanya menasihatkan dia memberi tempoh atau jarak masa sebelum mengandung anak kedua.

“Doktor minta biarlah anak berusia setahun baru hamil. Tapi saya tegaskan kepada suami bahawa usia saya sudah meningkat dan mahu anak segera.

 

“Jadi, kami terus mencuba… Tak sangka rezeki itu datang ketika masing-masing sibuk. Syamsul tahu-tahulah sedang sibuk dengan filem Munafik 2. Saya pula akan melancarkan produk kosmetik, tidak lama lagi,” katanya lagi.

 

 

 

Sumber: BhOnline