Perth – Destinasi Percutian Yang ‘Perthfect’ untuk pengembara Muslim Moden

///
Comments are Off

Lokasi : Margaret River

Perth ialah bandar raya Australia terdekat dengan Malaysia dan hanya mengambil masa kira-kira 5 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dengan cuaca yang baik dan tiada perbezaan masa, sudah tentu Perth menjadi pilihan untuk destinasi percutian seterusnya. Bagi pelancong atau pengembara muslim moden, anda tak perlu risau untuk rancang percutian solo mahu pun bulan madu atau berkumpulan ke Perth Australia atas faktor destinasi ini terkenal dengan ciri mesra pelancong muslim, sekaligus menguatkan lagi fakta Perth destinasi Perthfect untuk anda.

Menikmati keindahan alam semulajadi yang unik

Lokasi : The Pinnacles

Siapa sangka, di tengah-tengah padang pasir berdiri gah batuan-batuan kapur yang terbentuk daripada hakisan angin dan air . Indah sungguh ciptaan tuhan, bagaimana batuan kapur yang unik boleh tercipta daripada fenomena hakisan. Anda boleh menikmatinya sendiri jika berkunjung ke The Pinnacles yang terletak di Nambung National Park.

Selain tu, anda boleh juga berkunjung ke pulau popular iaitu Rottnest Island. Bermesra dengan haiwan-haiwan comel marsupial seperti Quokka yang semestinya tidak dapat ditemui di negara kita. Sebab tu orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman, sebab banyak yang anda boleh kenali dan pelajari sepanjang melancong di sini.

 

Lokasi masjid yang strategik

Lokasi : Fremantle Fishing Boat Harbour

Anda tak perlu risau untuk mencari tempat untuk solat di sini. Komuniti islam di Perth adalah komuniti yang aktif, oleh itu tidak ada masalah untuk anda menemukan masjid kerana ia mudah ditemui di seluruh Perth samada di bandar mahupun di pinggir bandar. Lokasi masjid yang strategik memudahkan pengunjung berkunjung dan menunaikan solat setiap kali masuk waktu. Buat pengetahuan anda Masjid Perth adalah masjid tertua di bandar raya itu dan terletak di lokasi yang cukup strategik.

Makanan Halal

Lokasi : Kailis Fish Market

 

Apalah erti hidup tanpa makanan yang enak kan? Jangan risau Perth terkenal dengan pelbagai pilihan restoran halal . Ada 5 restoran halal dengan hidangan terkenal Malaysia seperti sate, rendang daging, laksa, nasi lemak, lontong, dan nasi ayam. Jadi tiada masalah rindukan makanan tempatan jika berkunjung ke Perth.

 

 

Syurga beli-belah

Lokasi : Elizabeth Quay

Bagi yang suka melancong sambil mendapatkan buah tangan daripada negara yang dilawati, Perth adalah destinasi terbaik. Anda boleh berbelanja makanan tempatan seperti Honeycake, kekacang Morish, Mondo nougat, coklat di Margaret River Chocolate Factory atau madu dari The House of Honey. Sambil beli-belah, anda boleh menghayati sejarah di Fremantle yang telah wujud sejak 100 tahun yang lalu.

Percutian di Perth Percutian Paling ‘Perthfect’

Bila sudah tahu apa yang boleh dinikmati bila bercuti di Perth, pasti tak sabar ke sana kan?

Inilah masa yang tepat.Penerbangan terus ke Perth dari Kuala Lumpur dengan Malindo Air dari RM699 sehala untuk kesemua caj bagi kelas ekonomi. Bukan itu sahaja anda boleh nikmati perkhidmatan premium, elaun bagasi, ruang letak kaki tambahan dan banyak lagi!

Dengan promosi hebat ini…ternyata bercuti di Perth adalah percutian yang paling ‘perthfect’.

Jom, tempah sekarang! Tertakluk terma dan syarat.