Perkara Yang Terjadi Jika Kunyah Makanan Terlalu Cepat

ORANG tua-tua selalu cakap, kalau makan tu biar perlahan-lahan. Nanti tercekik. Jadi, Dhia nak kongsikan bahayanya kalau makan laju-laju ni.

RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Menurut pakar jantung Dr. Takayuki Yamaji dari Universiti Hiroshima, mereka yang makan terlalu cepat berisiko untuk terkena penyakit jantung. Yamaji telah meneliti lebih daripada 1000 peserta setiap 5 tahun.

OBESITI

Mereka yang makan terlalu cepat tidak dapat menelan dengan baik. Kesannya, tubuh tidak betul-betul berasa kenyang. Jika kita mengunyah dengan tenang tanpa tergesa-gesa, otak kita cukup waktu untuk menghantar signal rasa kenyang. Oleh itu kita akan cepat berhenti makan kerana kita cepat terasa kenyang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini 

Penulis: Dhia