“Percaya” Kini Taruhan Kedua As’ad Motawh!

Siapa sangka hobinya yang aktif memuatnaik lagu-lagu cover versi tersendiri mampu menjadikan penyanyi muda, As’ad Motawh popular dan mempunyai peminat di media sosial.

Malah single sulungnya, Senyum mendapat sambutan baik daripada orang ramai apabila mencecah hampir 18 juta tontonan sejak dimuatnaik di laman YouTube pada Ogos tahun lalu!

Menerusi laman Instagramnya, remaja berusia 17 tahun ini memaklumkan dia bakal tampil dengan single kedua, berjudul Percaya.

“HAHA New Music in 12 days!!! 🔥 percaya will be out on the 26th of October 🤟🏻 #percayaasadmotawh

Menurut As’ad lagi, lagu terbarunya itu bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 26 Oktober hadapan.

Wah, mesti ramai peminat As’ad tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk mendengar lagu keduanya itu nanti kan!

As’ad berkongsi video tarian untuk lagu terbarunya di Instagram 

Semoga cita-cita As’ad untuk menjadi seorang penyanyi profesional suatu hari nanti termakbul dan terus berkembang dalam industri seni.