Pendingin Hawa Sebenar Bukan Sekadar Mendinginkan

Malaysia dengan cuaca panas berpisah tiada. Begitu juga dengan rakyat Malaysia dengan pendingin hawa. Seakan-akan wajib di setiap rumah. Sebelum beli, anda kena tau fakta ini – ‘Kita menghirup 18 kg udara setiap hari’. Jadi kami nak kongsi 4 sebab kenapa anda perlu pilih Panasonic Inverter Siri SKY.

Habuk tak ada seakan ada bibik mengelap 24 jam sehari
Tensionkan bila ada tempat yang sikit-sikit berhabuk? Boleh sakit dibuatnya. Tapi penghawa dingin baharu Panasonic dapat memerangkap dan membuang partikel habuk dengan partikel Nanoe-G mereka. Pendingin hawa ini akan membebaskan titisan air yang halus. Jadi habuk dan mikro organisma yang terperangkap seterusnya dibawa ke penapis pendingin hawa. Sebab tu lah tak de habuk, bukan pasal ada bibik dok sibuk-sibuk lap ya?

Bakteria taubat tak nak membiak!
Bakteria tak dapat dilihat dengan mata kasar. Bahaya tau sebab boleh beri kesan kepada kesihatan lebih-lebih lagi kanak-kanak. Jangan risau partikel Nanoe-G pun mampu memerangkap bakteria. Bukat setakat terperangkap tapi riwayat bakteria akan tamat di penapis.

Nyah kau bau-bauan tidak semenggah!
Selalunya kalau kita memasak, habislah satu rumah kan? Bau tak menyenangkan siap masuk bilik, celah-celah langsir, kusyen pun sama terjebak. Jangan terkejut partikel Nanoe-G dapat buang bau jugak tau.

Kulit terpelihara macam cucuk vitamin C.
‘Kulit kering? Hmmm asyik pasang aircond lah tu?’ Selalu dengar pernyataan ini kan? Jangan risau pasal kulit lagi dah sebab fungsi Skywing memberi kesejukan menyamankan dan menghalang kesejukan melampau pada tubuh.Tak de dah sejuk menggigil dan tidak selesa. Sebab inilah fungsi Skywing dapat menghalang kulit daripada kehilangan lembapan dan kulit jadi lebih sihat.

Rakyat Malaysia sekarang bolehlah tarik nafas lega sebab apa yang ada pada Panasonic adalah ciri-ciri yang kita semua perlukan. Jadi apa lagi, kepada yang baru berfikir-fikir untuk memiliki pendingin hawa bolehlah dapatkan Panasonic Inverter Siri SKY. Kalau dah beli yang lain, tak salah untuk bertukar .. hehhe. Pasti tak kan menyesal!

Leave a Reply