Penampakkan Makhluk Yang Menyeramkan Di Sebuah Pulau….

///
Comments are Off

Percaya atau tidak tetapi kisah ini diceritakan sendiri oleh bos penulis di akaun twitter miliknya. Pada mulanya saya sendiri rasakan seperti hanya main-main. Akan tetapi memandangkan “bos” sendiri yang tweet, mungkin ada betulnya.

Jadi makhluk apa yang menjelma? Menurut pemilik akaun twitter @rarakamera, anaknya memberitahu suaminya bahawa dia ternampak makhluk kecil berwarna kuning. Di dalam hati saya juga sama seperti anda, mungkin kartun animasi minion. Tapi anda boleh nilai sendiri cerita ini dengan membaca tweet di bawah,

Cerita seram ini bukan habis setakat makhluk kecil berwarna kuning sahaja tetapi juga penampakkan makhluk seram berwarna hijau. Hulk atau Shrek? Atau benar-benar “hantu”? Baca tweet di bawah,

Menurut tweet tersebut, peristiwa menyeramkan itu berlaku ketika mereka bercuti di Pulau Perhentian. Adakah anda pernah mengalami peristiwa menyeramkan di pulau yang sama? Atau anda merasakan cerita ini hanyalah rekaan semata-mata? Apa-apa pun terpulang kepada kepercayaan masing-masing.