2019 Park Bogum Asia Tour di Malaysia

< GOOD DAY : MAY YOUR DAY EVERYDAY BE A GOOD DAY>

 

Park Bo Gum yang popularitinya meningkat naik dengan siri drama TV “Love in the Moonlight” yang juga dinamakan sebagai “Prince of Korea”. Kali ini, dengan memperkenalkan siri drama TV terbarunya “Encounter”, ledakan baru K-drama telah melanda Asia dan Park Bo Gum menerima gelaran baru iaitu “National Boyfriend”.

 

Dalam siri drama TV ” Replay 1988″, Park Bo Gum memegang watak sebagai pemain “Go” yang genius dan beliau menjadi terkenal kerana keperibadian dan sikap beliau yang murni. Selepas itu beliau membawa watak putera raja yang lantang dan berani bernama “Lee Young” di dalam drama “Love in the Moonlight” dan seterusnya mendapat pengiktirafan dan populariti yang besar di Korea Selatan. Beliau juga mendapat gelaran “National Prince of Korea” kerana drama tersebut. Dalam drama terbaru beliau “Encounter”, Park Bo Gum memainkan watak seorang lelaki biasa bernama,“Kim Jin Hyuk” dan menunjukkan keupayaan beliau memainkan watak yang berbeza dari drama – drama lakonan beliau sebelum ini.

 

Selepas berakhirnya drama terbaru beliau “Encounter”, Park Bogum akan mengadakan sesi jelajah Asia 2019, untuk bertemu peminat beliau yang akan bermula di Seoul pada 26 Januari 2019. Pada 30 Mac 2019, Park Bo Gum Asia Tour in Malaysia<Good Day: May your everyday be a good day> akan diadakan di Dewan Plenari, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Park Bogum telah menyediakan sesuatu yang istimewa untuk peminat di Malaysia. Iaitu “HIGH TOUCH TIME” bersama-sama peminat di Malaysia.

 

Penganjur bagi 2019 Park Bo Gum Asia Tour in Malaysia<Good Day: May your everyday be a good day> adalah Love Live Entertaiment (Asia) dan AC Music Entertaiment mengumumkan tiket untuk acara tersebut terbahagi kepada RM390, RM490, RM590, dan RM 690 (tidak termasuk RM4.00 yuran pemprosesan) . Tiket sudah mula dijual di laman web TicketCharge . Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan sesi jelajah tersebut sila layari AC Music Entertaiment – Malaysia Facebook Page.

 

Jawab soalan mudah dan berpeluang memenangi sepasang tiket ke Park Bo Gum Asia Tour

Nama*

MyKad*

Nombor untuk dihubungi*

Emel*

Jantina*

Alamat surat-menyurat*

Apakah gelaran baru yang diberikan kepada Park Bo Gum? *

Bilakah Park Bo Gum Asia Tour in Malaysia akan diadakan?*

Berikan sebab mengapa anda layak menang sepasang tiket ke Park Bo Gum Asia Tour in Malaysia . Pastikan jawapan anda unik dan kreatif.*

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, bersetuju dan tertakluk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi.

* perlu dilengkapkan