Nurul Depp bakal muncul dengan showcase tahun depan

Meneliti blog nurulwahabdepp.wordpress.com milik Nurul Wahab atau kini lebih mesra dengan nama Nurul Depp sebentar tadi, beliau sebenarnya sedang merangka perancangan untuk mengadakan persembahan berskala besar pada tahun depan.

Biarpun sarat mengandung anak kedua, Nurul masih sempat menghadiri mesyuarat untuk persembahannya itu. Kalau jadi seperti dirancang persembahan itu akan berlangsung Jun 2015. Ia persembahan Nurul selepas 20 tahun ketika mempromosikan album pertamanya.

AlI1WLj

*Sumber gambar dari google.com

“Perancangan harus dilakukan dari sekarang. Ada beberapa penaja sudah menunjukkan minat. Tetapi pihak saya dan penganjur belum lagi bersua muka dengan mereka. Tak sabar juga untuk showcase itu nanti.

“Lagu telah pun dipilih. Turutan persembahan juga sudah 60 peratus siap. Pemuzik sudah saya tentukan. Cuma, semuanya hanya perlu berjumpa untuk berbincang apa lagi yang boleh dibuat bagi melicinkan semua perkara dan acara itu nanti,” tulisnya dalam blog berkenaan.

Nurul mengakui jantungnya berdegup kencang memikirkan persembahan berkenaan.

“Berdebar sekarang ini, berbeza dengan yang dulu. Sekarang sudah sedikit matang di dalam bidang ini. Dulu terlalu ‘hijau’… main nyanyi dan buat saja. Berbeza apabila usia telah meningkat dan sedikit dewasa di bidang ini, macam-macam perkara difikirkan di dalam kepala ini.

“Jadi kena betul-betul fokus dan buat yang lebih baik dari permulaan dulu. 20 tahun, bukan satu perjalanan yang singkat. Macam-macam idea ada di dalam kepala ini yang nak aku buatkan. Walaupun masih lagi ada 6 bulan nak sampai ke 6 Jun 2015.

“Dari sekarang kami sudah memulakan segala-galanya.. Buat awal supaya senang untuk mempromosikannya nanti,” katanya yang sudah dalam 29 minggu mengandungkan anak kedua.

Nurul dijangka melahirkan anak lelaki juga. Anak sulungnya Zachary akan mendapat adik lelaki tidak lama lagi.

*Artikel dari BH Online