Norman Hakim Terkesan Wira Bomba Terkorban

Pelakon Norman Hakim melahirkan rasa terkesan dan sedih dengan kejadian yang telah mengorbankan enam orang anggota bomba ketika operasi menyelamat seorang remaja yang tergelincir malam semalam.

Norman menerusi laman Instagram milknya memuatnaik satu foto berserta kepsyen WIRA kita terkorban dalam misi menyelamat. Pengorbanan wira-wira negara ini sesuatu yang tidak ada tolok bandingnya. Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa.

View this post on Instagram

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون . . 6 WIRA kita terkorban dalam misi menyelamat.Pengorbanan wira-wira negara ini sesuatu yang tidak ada tolok bandingnya.Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa . . "Ya Allah Ya Tuhanku.. Ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga mereka, semoga arwah-arwah ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & tolonglah Ya Allah tempatkan mereka bersama para Syuhada.." AL-FATIHAH.. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين . . "Ya Allah,berikanlah ketabahan buat seluruh warga Jabatan Bomba, ahli keluarga mangsa, dan juga seluruh rakyat Malaysia umumnya…lindungilah kami semua dari malapetaka & bencana Ya Allah…Aamiin Ya Rabb"😔

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Pelakon yang popular menerusi filem Pasrah itu berharap seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat, ahli keluarga mangsa serta rakyat Malaysia diberi ketabahan berikutan berita yang menyayat hati hari ini.

Kejadian yang mengorbankan enam anggota bomba itu berlaku di lombong, Taman Putra Perdana, Puchong dipercayai berpunca daripada lemas akibat terbelit tali di dasar.

Terdahulu, Norman Hakim pernah menjayakan watak seorang anggota unit beruniform dalam drama bersiri Gerak Khas dan memegang watak sebagai Inspektor Harris.