Niena Baharun Timang Anak Sulung!

Siapa tak kenal pelakon yang diberi watak Husna menerusi drama rantaian Jangan Benci Cintaku?

Ya, Niena Baharun pagi semalam memaklumkan telah selamat melahirkan anak sulung di sebuah hospital di ibu negara.

 

Niena, 25, melahirkan bayi lelaki seberat 3.03 kilogram (kg) itu secara pembedahan dua minggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

Tarikh sepatutnya Niena melahirkan ialah pada 8 November ini.

Ditanya mengenai nama anak, Niena dan suami belum buat keputusan. Buat sementara waktu, anak sulung pasangan itu dipanggil Baby A.

Saya dan suami masih berbincang. Belum ada yang ‘final’. Kalau ada nanti, Insya-Allah saya akan kongsikan selepas tujuh hari kelahiran mengikut sunah Nabi.

Bayi lelaki itu merupakan hasil perkahwinan pelakon kelahiran Kelantan itu dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari lalu.