Neelofa Setuju, Terhibur Dengan Parodi Jihan Muse

Cakap pasal parodi je, mesti ramai dah tahu siapa ratu disebalik video-video kelakar yang tular menerusi laman sosial kan?

Ya betul, tak lain tak bukan pelawak Jihan Muse tuan empunya badan yang tak pernah letih buat netizen tak kering gusi dengan parodi yang dilakukan.

Lebih menarik lagi, Jihan akan sedaya upaya meniru gaya, pakaian selain pertuturan terutamanya selebriti tanah air supaya ia mirip dengan video yang sudah dihasilkan.

Terbaru, Jihan telah memuat naik video di laman Instagram memaparkan dia bersama beberapa orang rakannya meniru gaya Neelofa!

Jihan menerusi video tersebut merakamkan tanda penghargaan kepada peminat sempena ulangtahun kelahiran Neelofa yang ke-30 pada 10 Februari.

Ternyata video yang dimuat naik oleh Jihan itu telah membuatkan netizen selain Neelofa sendiri terhibur kerana bersetuju dengan kenyataan pelawak tersebut.

Apa-apa pun Selamat Hari Jadi Neelofa! Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.