Nabila Razali Mahu Kekal Positif Walaupun Sering Dikecam?

Penyanyi, Nabila Razali mengambil keputusan untuk terus bersikap positif dan terbuka walaupun kadang-kala menjadi bualan mulut netizen yang sering melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya.

Buktinya, Nabila kini terus membina nama dalam industri apabila terlibat dalam satu drama mini terbaru berjudul #SisCuba bersama pelakon Sarah Suhairi, Syifa Melvin dan Aiman Hakim Redza.

Menerusi drama yang bersiaran di TV3 itu, Nabila membawa watak utama sebagai Mawar, yang memerlukannya menjadi seorang yang positif dan ceria sekaligus mendorongnya untuk terus bersikap demikian dalam kehidupan sehariannya.

Selain daripada itu, peminat Nabila yang kebanyakkannya daripada golongan muda turut menjadi faktor dia mahu sentiasa kelihatan gembira dan terus menghiburkan mereka.

“Peminat saya kebanyakkan kanak-kanak dan saya tidak mahu perkara negatif yang saya lalui memberi kesan kepada mereka.”
“Saya tidak mahu tunjukkan betapa sedihnya hidup saya atau betapa teruknya saya dikecam kerana mereka mahu saya sentiasa gembira”, katanya.

Sebelum ini, Nabila pernah dilanda kontroversi hebat daripada orang ramai apabila memuat naik video di laman Instagramnya yang menunjukkan dia sedang menangis dan seolah-olah kecewa dengan kekasih.

Bagaimanapun, itu hanyalah gimik dan lakonan semata-mata untuk menjayakan muzik video lagu Pematah Hati yang turut dirancang bersama pelakon, Aedy Ashraf.

Mesti ada antara anda yang masih ingat pada ayat-ayat di dalam video tu kan?

“Lelaki ni tak pernah rasa cukupkan?.

“Tak kisah lah kita berkoban macam mana pun untuk mereka. Tetap cari yang lain.

“Jadi Bila (Nabila Razali) harap korang dah tak tanya apa-apa pasal tu.

“Kamu semua pun mesti pernah kena macam ni kan?” ujar Nabila.

Namun, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Buktinya, lagu dan video muzik Pematah Hati terus menjadi popular dan trending, walaupun pada awalnya Nabila dikecam teruk oleh netizen.

 

Sejak itu, nama Nabila Razali juga lebih dikenali ramai dan pengikutnya di laman Instagram meningkat susulan lagu yang digelar ‘Cumi Cumi’ oleh peminatnya itu.

Tetapi itu cara Nabila. Anda juga boleh naikkan bilangan follower (pengikut) di laman Instagram dengan layari https://www.lunaria.com.my/tips-terbaik-tambah-follower-instagram/ untuk dapatkan tip berkesan!

Jangan lupa ajak kawan baca sekali okay!