Nabila Huda Asyik Mengigau, Meraung Dan Bersedih Hampir Setiap Hari???

Dikenali sebagai pelakon serba boleh, Nabila Huda mendakwa dia asyik mengigau, melalak, meraung dan sedih hampir setiap hari selepas melakonkan watak berat sebagai Aini dalam filem genre seram, M4M4.

“Suami cakap sejak penggambaran filem itu, saya asyik mengingau, melalak, meraung, sedih. Hampir setiap hari! Saya sendiri tidak pasti apa yang tidak kena dengan diri saya.” tulisnya di laman Instagram.

Menurut Nabila, perubahan sikapnya itu disedari suaminya, Mohd Izwan Johar, sejak dia terbabit dengan penggambaran filem seram tersebut.

“Berat sungguh watak Aini kerana saya sendiri dapat merasakan beratnya kepala saya berfikir. Suami sudah beri amaran supaya saya tinggalkan watak Aini di luar pagar rumah sebab saya asyik marah-marah dan sangat emosi sejak penggambaran filem itu,” ujarnya.

Namun, pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Abil itu tetap menafikan dirinya terbawa-bawa dengan karakter dalam lakonan sehingga ke rumah.

“Bila suami cakap perubahan perangai saya setiap kali terbabit dengan projek filem dan drama, mesti saya menafikannya. Padahal suami yang nampak perubahan diri saya dan dia yang menjadi mangsa keadaan sebenarnya.” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan dia akan kembali menjadi dirinya seperti biasa dan tidak mahu suaminya risau apabila dia bakal menamatkan hari terakhir penggambaran filem tersebut.

“Jangan risau kanda…hari Ini hari terakhir pengambaran!Isteri mu akan kembali seperti biasa..” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.

Filem arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Eyra Hazali, Bella Dowana dan ramai lagi.