Bayangkan korang pergi tengok movie baru ini. Tengok trailer dia memang mantap. Lagi-lagi pula korangmemang memang minat cerita-cerita macam ni. Sekali pergi tengok sampai tengah kau mula rasa nak mengamuk sebab rupanya movie dia tak best!

Movie tak best ini ada banyak sebab. Selalu yang aku jumpa adalah kalau movie superhero dia selalu lari daripada storyline asal daripada komik or daripada animasi dia. Dia punya lari tu bukan sikit tapi memang berubah langsunglah cerita dia. So hari ini aku nak share dengan korang beberapa movie yang buat peminat mengamuk!

FANTASTIC FOUR: RISE OF THE SILVER SURFER

Movie Fantastic Four yang ini walaupun dapat kritikan yang banyak daripada peminat-peminat, ia boleh dikatakan still antara superhero movie yang aku minat. Dia lebih ok lah kalau nak dibandingkan dengan Fantastic Four yang dikeluarkan pada tahun 2015. Yang itu memang teruk gila sampai aku pun tak pergi tengok hahaha!

Dalam Fantastic FourRise of the Silver Surfer, aku sebagai peminat memang mulanya dah happy gila sebab dorang perkenalkan watak Silver Surfer dengan Galactus. Kalau korang peminat komik marvel mesti korangtahu yang Galactus ini bukan calang-calang enemy. Dia terkenal dengan tubuh badan dia yang sangat besar dan dia makan planetplanet untuk kuatkan diri dia.

Tapi dalam movie ini, Dorang feature Galactus yang berbeza daripada komik. Instead of satu figure yang berbadan sangat besar, Dorang tukar bentuk Galactus kepada awan. Yes, Awan! Kecewa gila aku masa dorangtunjuk bentuk sebenar Galactus time ending.