Movie Menarik Untuk Ditonton Waktu Cuti Panjang CNY

Untuk semarakkan lagi kemeriahan Tahun Baru Cina dalam jiwa dan raga korang, The Laki nak kongsikan filem-filem terbaik yang korang boleh layan.

Shaolin Soccer

Dah tengok berpuluh kali pun masih lagi boleh terbahak-bahak kalau layan filem ni. Liga Super pun makin dekat kan. Kalau dah habis tengok cerita ni, apa kata korang layan lak filem Shaolin Girl yang diterbitkan oleh Stephen Chow dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon jepun.

Kung Fu Hustle

Stephen Chow memang tak pernah kecewakan kita. Filem arahan Stephen Chow seterusnya ni filem wajib tonton gak tak kisah la berapa kali pun. Ramai pelakon-pelakon otai dalam filem ni.

Ip Man

Korang pun dah tahu kan siapa sebenarnya Ip Man ni. Filem ni kisah benar mengenai perjalanan hidup grandmaster kepada Bruce Lee.  Filem Ip Man ni dah ada 3 siri, Ip Man, Ip Man 2 dan Ip Man 3. Ada satu spin-off movie Ip Man, Master Z: Ip Man Legacy yang dikeluarkan pada tahun 2018. Untuk Ip Man 4, katanya tengah dalam pembikinan lagi.

Anda nak tahu movie apa lagi yang lebih menarik? Klik sini

Penulis: The Laki