Mona Allen, Pekin Ibrahim Pilih Santorini!

Pelakon cantik jelita yang kini sedang meningkat naik, Mona Allen dan suami Pekin Ibrahim dikatakan memilih Santorini sebagai destinasi ‘honeymoon’ mereka.

Namun hasrat itu bakal terlaksana pada bulan Jun nanti apabila masing-masing kini sibuk dengan urusan kerja.

“Tak pergi bulan madu lagi. Tak sempat sebab permintaan stesen tv dan penerbit yang mahukan saya berlakon,” kata Mona.
“Oleh sebab itu, bila dah settle semua inshaAllah dalam bulan Jun 2019 kami plan pergi bulan madu di Santorini,” ujarnya lagi.

Wah, seronoknya dapat melancong ke negara orang! Mesti Mona dah tak sabar nak tunggu bulan Jun.

Untuk pengetahuan, Mona dan Pekin baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal Disember tahun lalu selepas hampir dua tahun mereka menyulam cinta.