Mia Ahmad Selamat Lahirkan Putera Sulung!

Tahniah buat pelakon pelakon Mia Ahmad yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi menerusi laman Instagram miliknya.

Ia adalah bayi lelaki. Syukur isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami pada pukul 11.15 pagi tadi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakannya.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Hati Perempuan itu mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu selepas dilaporkan mengalami keguguran beberapa bulan sebelum itu.

Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 30, mendirikan rumah tangga dengan Izham Tarmizi, 27, pada 13 Januari 2017