Mawar Rashid Nak Naik Pelamin Lagi???

Atas permintaan anak-anak, suami kepada pelakon, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mahu mengikut jejak abangnya iaitu Datuk Fazley untuk naik pelamin lagi.

Hal demikian kerana anak-anaknya itu tidak dapat menyaksikan majlis perkahwinan antara dia dan Mawar yang telah berlangsung pada tahun lalu.

Raf memaklumkan perkara tersebut menerusi video perbualan diantara anaknya di laman Instagram dan menariknya, mereka meminta lokasi majlis yang akan diadakan itu perlu mempunyai kolam renang untuk  bermandi-manda.

“Chanela mahu saya dan Mawar berkahwin (bersanding) semula. Jadi dia dan Rayyan boleh menghadiri majlis itu. Sebab mereka tidak dapat hadir pada #MawaRafReception tahun lalu”. tulisnya.
“Dalam pemikiran dia, lokasi itu sudah semestinya perlu ada kolam renang kerana dia mahu terjun,” ujarnya lagi.

Chanela dan Rayyan merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Raf dan kini Mawar sedang menanti hari melahirkan anak sulung mereka yang kini memasuki usia lima bulan.

Dalam pada itu, pasangan itu juga mungkin akan mengadakan majlis tersebut pada sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 iaitu pada 2027.

“Saya kata boleh, selepas mummy Rose melahirkan adik awak (mungkin ulang tahun perkahwinan yang ke 10),” menurutnya lagi.

Selasa lalu abang kepada Raf iaitu penyanyi terkenal, Datuk fazley Yaakob melangsungkan persandingan kali kedua bersama isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga sebagai memenuhi hajat arwah ayah.