Marvel Lancar Trailer Kedua ‘Avengers: Endgame’!

Kehangatan kini kian terasa buat semua peminat yang menantikan filem terbaharu Avengers, iaitu Avengers: Endgame, lebih-lebih lagi apabila trailer keduanya sudah dilancarkan semalam.

Salah satu perkara menarik yang dapat dipertontonkan dalam trailer itu pastinya dengan kemunculan adiwira wanita Captain Marvel.

Trailer kedua ini turut dimulakan dengan paparan imbasan memori oleh adiwira-adiwira Tony Stark (Iron Man), dan Steve Rogers (Captain America), serta Clint Barton (Hawkeye/Ronin), Natasha Romanoff (Black Widow), Thor, Scott Lang (Ant-Man), Nebula dan Bruce Banner (Hulk) mengenai kehilangan orang-orang yang disayangi mereka.

Poster Avengers Endgame

Ingatan itu memberikan motivasi untuk mereka untuk ‘membalas dendam’ dan memperbetulkan kemusnahan yang dilakukan Thanos.

Avengers: Endgame, bakal membuka tayangannya di seluruh dunia bermula 26 April ini.