Manisnya Ucapan Hari Lahir Hairul Azreen Buat Hanis Zalikha!

Pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha merupakan antara selebriti yang sering mendapat perhatian netizen. Apatah lagi selepas kehadiran putera comel, Yusuf Iskandar.

Hari ini Hanis menyambut hari kelahirannya yang ke-28 dan ucapan yang dibuat oleh Hairul Azreen menerusi laman Instagramnya menjadi perhatian selepas Hairul menulis kapsyen yang begitu sweet buat isteri kesayangannya itu!

“Selamat hari lahir isteri yang tercinta @haniszalikha org yang sentiasa bersama saya & percaya pada saya sepanjang masa, tanpa rasa ragu2, Terima kasih my bam bam terima kasih yakin dgn i dr dulu utk menjadi ketua keluarga”

“terima kasih jadi isteri yg hebat utk i, terima kasih jadi mommy yg terbaik utk Yusuf, semoga panjang umur & insyaallah sama2 ke jannah dgn izin Allah S.W.T”

Hairul meluahkan rasa bertuah kerana memiliki isteri yang hebat seperti Hanis, malah juga seorang ibu yang terbaik buat anaknya, Yusuf.

Menerusi foto yang dimuatnaik oleh Hairul Azreen di laman Instagram, ucapan hari lahir buat Hanis itu turut mendapat komen-komen positif daripada peminat yang sentisa mengikuti perkembangan mereka.

Rata-rata peminat menganggap Hairul seorang yang penyayang kerana tidak pernah lupa untuk menghargai isteri dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Selain itu, mereka juga mendoakan agar Hairul sekeluarga kekal bahagian hingga ke jannah dan terus dimurahkan rezeki.