Mak Tiri Kejam Macam Mak Cinderella, Wujud Ke?

Haih! Mak tiri ni semua sama je macam dalam cerita Cinderella dengan drama-drama melayu pukul 7 petang tu, menyakitkan hati!

#lunagirls pernah dengar keluhan macam ni daripada kawan-kawan yang ada mak atau ayah tiri? Korang rasa takut? Sebenarnya, tak semua mak tiri macam tu tau.. ada yang baik cuma korang kena bagi peluang untuk tunjukkan kasih sayang dia kepada anak tirinya! Ada antara #Lunagirls yang ada atau bakal ada mak tiri tak lama lagi? Harini LUNARIA kongsikan antara tips macam mana nak ada hubungan yang baik dengan mak tiri!

HORMAT

Mak tiri pun kita tetap kena hormat tau #Lunagirls! Sebab dia lebih tua daripada kita.. Walaupun mungkin hubungan antara korang dan mak tiri masih belum ada connection dan mungkin korang belum selesa untuk duduk bersama, tapi hormat kena ada okay? Bila rasa hormat tu ada, mesti lama-lama hati kita akan terbuka untuk berbaik dan selesa untuk berborak macam mak kita!

BERKELAKUAN BAIK

Kalau kita tengok dalam drama setiap kali nak bercakap dengn mak tiri, ada yang terjerit-jerit, marah-marah lepas tu bergaduh.. #Boring! Apa kata kita cuba untuk berkelakuan baik dengan mak tiri kita! Memang akan awkward pada mulanya, tapi lama-lama korang akan terbiasa! Mula-mula mestilah malu-malu kucing.. Hehe!

 

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.

Penulis: Lunaria