Keluarga Diraja Britain Dedah Potret Rasmi Pertama Putera Louis

Sama seperti gambar Putera George dan Puteri Charlotte yang dikongsikan lebih kurang seminggu selepas kelahiran mereka, tradisi ini ditujukan pula kepada adinda mereka, Putera Louis.

Dalam satu gambar yang diambil oleh ‘jurugambar rasmi’ kerabat diraja, Duchess of Cambridge Kate Middleton sendiri menampilkan foto Puteri Charlotte bersama Putera Louis pada hari ulangtahun kelahiran ketiganya dan gambar berkenaan menjadi perbualan ramai.

Gambar pertama memaparkan kasih sayang yang ditampilkan oleh Puteri Charlotte menyentuh hati orang ramai.

Image result for putera louis

Sementara gambar kedua pula  menampilakn Putera Louis seorang diri dengan matanya yang terbuka memandang ke arah luar mengenakan baju panas putih yang pernah dikenakan oleh Puteri Charlotte sendiri.

Image result for putera louis

Ini merupakan portret rasmi pertama buat Putera Louis dan juga kemunculan pertamanya bersama keluarganya. Pihak Istana Kensington juga mengumumkan Putera Louis tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bapa saudaranya, Putera Harry, dan juga Meghan Markle.

Leave a Reply